![]() |
"Dia" Siapa "Dia" Terlalu banyak untuk diungkapkan mengenai "Dia" Semua persoalan akan terungkai dalam penulisan kreatifku nanti. |
Friday, 7 December 2012
Sebagai perumpamaan kepada personaliti tokohku adalah dapat digambarkan seperti sebilah "pedang".
"Pedang" ini pada pandangan mata manusia adalah senjata yang amat memberhaya, namun disebalik ciri tersebut, ia adalah bersifat perlindung daripada segala anasir yang boleh mengancam diri dan persekitaran.
"Pedang", jika tersilap dalam percaturan, ia boleh mengundangkan bahaya, sebaliknya, jika manusia mahir dalam ilmu senjata pedang ini, ia boleh memberi kelebihan kepadanya. Perspektif pedang dan tokoh aku ini adalah hampir sama. "Dia" boleh menjadi kawan dan juga lawan dalam satu waktu yang sama. Selain daripada sifat dan ketenangan yang dimilikinya tersembunyi seribu satu makna, serta boleh membawa kebimbangan kepada pihak lawan. Hujung mata "pedang" amat tajam, manakala pemikiran "dia" adalah sangat "briliant" dan tajam, idea yang dikemukannya mampu mengongcang dunia.
suri teladanku
mengapa "dia " yang menjadi pilihanku
persoalan berbalas soalan dalam meleraikan ungkapan ini
padaku "dia" memiliki semua kriteria yang diperlukan dalam sajian tugasanku
"dia" adalah seorang yang hebat, pelik, berkarisma, bijak, beriman, adil, dan baik paras rupanya
semoga pemilihan "dia "
akan dapat membantuku
untuk membawanya ke helaian-helaian contenganku
kupercaya bahawa "dia" adalah pemilihan yang ideal dalam penulisanku nanti
semuanya bergantung kepada kreadibiti aku dalam mengadaptasikannya sebagai sebuah karya
Kebuntuan dalam mencari idea dalam merangka bait-bait kata dalam penulisan cerpen. Sesungguhnya setiap alunan dalam al-quran yang diperdengarkan mampu memberi ketenangan dan sumber inspirasi kepada mereka yang memerlukan ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan. Semoga mendapat apa yang diingini dalam hidup ini. Senantiasalah membasahkan lidah kita dengan alunan al-quran, semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga cerpen yang akan aku persembahkan nanti mampu memberi kepuasan kepada diriku sendiri dan memenuhi kehendak pensyarahku.
KINI PELBAGAI PERSOALAN YANG SEDANG BERMAIN-MAIN DALAM KOTAK FIKIRANKU DALAM MENGHASILKAN SEBUAH CERPEN YANG DIINGINI OLEH PENSYARAHKU. SIAPAKAH TOKOH ITU?!!!. BAYANGAN SUDAH DAPATKU BAYANGKAN NAMUN BAGAIMANA HARUS AKU ADAPTASIKANYA. SESUNGGUHNYA PENULISAN CERPEN INI MEMERLUKAN IMAGINASI YANG JITU DALAM MENGHASILKAN SESEBUAH KARYA YANG NAMPAK BEGITU MENARIK UNTUK DIBACA.
![]() |
Kupercaya bahawa semua mahasiswa- mahasiswi mengalami situasi seperti ini. Kita sering kali berkata-kata bahawa masa 24 jam itu tidak cukup untuk melakukan banyak perkara dalam satu waktu. Sesungguhnya 24 jam itu, sebenarnya sudah cukup bagi manusia melakukan apa-apa perkara yang ingin dilakukan, ia adalah bergantung bagaimana seseorang itu dapat menguruskan waktu dengan sebaik-baiknya. Orang yang mampu menguruskan masa dengan baik adalah orang yang bijak dan mempunyai disiplin dalam kehidupan, kerana baginya setiap saat adalah sangat berharga dan jika ia berlalu tanpa melakukan pengisian yang bermanfaat, masanya berlalu dengan sia-sia..
Tuesday, 4 December 2012
Masjid Hagia Sophia
Sesungguhnya amat sukar untuk digambarkan keindahan Masjid Hagia Sophia ini. Ia bagaikan sinaran cahaya yang menyinari diri yang kelam. Masjid Hagia Sophia ini merupakan lambang dan tempat suci bagi umat islam di Turki pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyah. Pada sebelumnya masjid ini merupakan sebuah gereja kristian semasa pemerintahan empayar Byzantine. Sesungguhnya amat sukar bagi kerajaan Turki Uthmaniyah untuk menakluki Kota Konstantinople ini. Walau bagaimanapun kegemilangan kerajaan ini tidak dapat bertahan dengan lama, dan cahaya Masjid Hagia Sophia yang mewarnai jalan-jalan dan kawasan-kawasan di Istanbul ini mula mengalami kesuramannya, sesungguhnya ia amat mendukacitakan bagi umat islam. Kini Hagia Sophia hanya menjadi sebuah muzium sahaja. Namum begitu, sejarah Hagia Sophia ini menjadi memori indah dalam diri rakyat Turki dan dunia. Seandainya berkesempatan, terasa juga untuk menjejaki bandar yang penuh sejarah ketamadunan dunia ini. Insyaallah.
![]() |
Kadang-kadang tertanya di luahan otak kecilku ini, mengapa cerita melayu tidak begitu mendapat perhatian masyarakat?. Hanya sesetengah sahaja yang dapat memenuhi citarasa penonton. Contohnya yang terbaru filem "Istanbul Aku Datang" yang boleh dikatakan dapat menarik perhatian penonton. Apa yang menarik sangat tentang cerita ini?. Tapi apa yang significannya cerita ini dalam menjadi paparan dalam ruangan blogku ini adalah mengenai nama tempat itu dan ia merupakan pencetus idea awalan dan memberi inspirasi kepadaku dalam mensajikan tokoh yang akan aku persembahkan dalam ruangan blog ini.
Melalui cerita ini, ia dapat memberi gambaran tentang keadaan tempat tersebut yang mengalami perubahan dalam pentadbiran dahulu dan kini. Dahulunya "Istanbul" dikenali dengan nama "Kota Konstantinople", yang kemudian ditukar kepada "Istanbul". Jka diperhatikan dalam poster tersebut, dibelakangnya terdapat imej yang sangat menarik perhatianku, iaitu sebuah masjid yang dikenali sebagai "Hagia Sophia ". Hagia Sophia ini menjadi lambang keagungan kepada kerajaan Turki dahulu. Bukan sengaja entry mengenai filem "Istanbul Aku Datang" ini aku jelmakan dalam entryku kali ini, kerana enrty inilah yang akan menjadi pencetus kepada cerpenku nanti mengenai tokoh yang akan menjadi pilihan hati ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)
