MENYELUSURI LANGKAH MENJEJAKI MATA PENA
![]() |
Pertama kali aku menjejaki langkah ke kelas penulisan kreatif, aku tertanya-tanya apakah tugasan dan kandungan yang terdapat dalam kursus ini. Pada dasarnya, aku menggambarkan bahawa kelas ini mestilah memberi pendedahan mengenai penulisan-penulisan kreatif seperti cerpen, puisi, novel, dan syair .Tidak terfikir di minda ini akan kewujudan blog. Melalui penerangan yang telah diberikan oleh pensyarah mengenai subjek ini, para pelajar dihendaki menyiapkan dua buah cerpen dan satunya akan dimasukkan ke dalam blog. Tambahan itu, cerpen tersebut mestilah berkisarkan seorang tokoh. Otak ini mulalah memikirkan tokoh apa yang akan aku persembahkan dalam blog ini. Betullah kata orang sastera ini memang susah, aku memang tabik la kepada kawan-kawan yang ambil sastera ni.Tengok! nak pilih tajuk blog pun ambil masa yang lama, tidak ditambah lagi mengenai tokoh yang akan aku jelmakan itu. Samalah dengan gambar yang aku pos ini dengan kondisi aku dalam menyiapkan tugasan ini. Setiap masa dan detik fikiran dalam keadaan terawang-awang dalam mencari idea dan buah fikiran.Apa-apa pun aku percaya bahawa aku boleh menjelmakan seorang tokoh yang diingini itu dalam dunia fantasiku.Sekian.


Hanani
ReplyDeletetahniah!
sudah ada blog yang sdr tidak pernah terfikir akan membinanya sendiri untuk kerja penulisan kreatif seperti cerpen.
ia kembara yang pasti menarik dan mengujakan.
sila maklumkan juga bahawa blog ini adalah tugasa kursus PK di bawah saya!